Jumat, 22 Juli 2022

Cara menghilangkan kekuatan sihir pembenci dari pasangan dengan doa

Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri dengan sebab tertentu yang berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahakan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t mengatakan ilmu sihir yang bisa menceraikan antara seorang suami dengan isterinya. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah sesuatu yang baru. Tanda – tanda seseorang terkena sihir pembenci pasangan :

  1. Timbul rasa benci berlebihan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanyai.
  2. Terjadi perdebatan,bantah - bantahan, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak beralasan, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
  3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seakan -akan suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.
  4. Timbul rasa cemburu yang berlebihan menyebabkan isteri terasa marah tidak jelas kerana dia menduga suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini bisa menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berdampingan ataupun tidur bersama.
  5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selama pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega saat pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
  6. Terjadi perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang bodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan selalu salah.
  7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan untuk melafazkan cerai, padahal tidak ada hasrat berbuat demikian. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai terus menerus sambil memaki suami, kondisi demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri.

Cara pengobatan

  1. Jin – Jin atau sihir mesti dikeluarkan dulu dengan cara syar’i, saran saya cari seorang ustadz yang ahli dalam bidang Ruqyah
  2. Membaca ayat-ayat Al-Quran yang khusus serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
  3. Minum air mineral yang sudah di ruqyah berdoa kepada Allah s.w.t. untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

Beberapa Ayat Alqur’an yang disusun para ulama untuk mengobati sihir ini adalah sebagai berikut :

  1. QS : Asy-Asyu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali setelah sholat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  2. QS : Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali setelah sholat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  3. QS : Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali setelah sholat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
  4. QS : Ar-ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali setelah sholat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Referensi sebagai berikut ;