This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences. Now replace these with your own descriptions.

Tampilkan postingan dengan label Niat Dalam & Cara Sholat Taubat Beserta Doa Taubat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Niat Dalam & Cara Sholat Taubat Beserta Doa Taubat. Tampilkan semua postingan

Kamis, 18 Agustus 2022

Niat Dalam & Cara Sholat Taubat Beserta Doa Taubat

Ilustrasi : Niat Dalam & Cara Sholat Taubat Beserta Doa Taubat

Niat Dalam & Cara Sholat Taubat Beserta Doa Taubat. Ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Taubat dan doa taubat nasuha.  Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.

Apa yang penting:

Panduan cara Solat Taubat ini juga dipermudahkan dengan ejaan Rumi dan juga audio untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Salah satu sifat orang yang beriman adalah segera bertaubat kepada Allah SWT apabila mereka terlanjur melakukan kesalahan atau dosa.

Apabila kita melakukan kesalahan, kita seharusnya memperbanyakkan istighfar, yakni memohon keampunan kepada Allah SWT dan bertaubat dengan taubat nasuha.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu. ( Surah Ghafir ayat 60 )

Dalam Tafsir al-Qurtubi, taubat nasuha merujuk kepada perbuatan bertaubat dengan rasa tulus, menyesali kesalahannya dari lubuk hatinya, beristighfar dengan lidahnya, meninggalkan kesalahan tersebut dan menenangkan hati agar tidak kembali mengulangi kesalahan yang sama.

Dan di antara rahmat Allah SWT kepada hambaNya yang berdosa adalah dengan membuka pintu taubat untuknya agar dia kembali kepada khaliq-Nya dalam keadaan penuh pengharapan hanya kepadaNya sahaja tempat kembali.

Yang dimaksudkan dengan Solat Taubat sbb.

Solat sunat taubat adalah solat yang disunatkan dilakukan apabila seseorang melakukan dosa atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat kepada Allah.

Selain dari istighfar dan menyesali segala kesalahannya, taubat nasuha juga boleh disempurnakan dengan melakukan Solat Sunat Taubat sebanyak dua rakaat.

Kita sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan, khilaf dan dosa. Dan sebaik-sebaik orang yang berbuat salah dan pendosa adalah mereka yang bersegera bertaubat.

Oleh itu, perlaksanaan Solat Sunat Taubat ini menzahirkan kesungguhan seorang hamba untuk benar-benar bertaubat yakni taubatan nasuha kepada penciptanya lantaran ibadah solat merupakan sebaik-baik ibadat dan wasilah yang dapat menghubungkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menzalimi dirinya sendiri, mereka bersegera ingat kepada Allah lantas memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah Swt ( Surah Ali Imran ayat 135 )

Maka, cara yang terbaik untuk kembali taat kepada Allah SWT adalah melalui solat yang disertai dengan zikir istighfar dan doa taubat selepas solat tersebut.

Solat sunat taubat ini dilakukan sesudah seseorang itu menginsafi kesalahan dirinya sendiri lantas memohon keampunan daripada Allah.

Antara syarat-syarat taubat adalah:

  • Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
  • Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
  • Bercita-cita tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Tetapi apabila kita melakukan perbuatan dosa terhadap manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya.

Bilakah waktu sesuai mengerjakan Solat Sunat Taubat.

Solat sunat taubat boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja. Tidak ada waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan Solat Sunat Taubat ini.

Ia boleh dilakukan sekalipun dalam waktu tahrim (waktu yang diharamkan solat sunat) kerana solat ini mempunyai sebab, iaitu segera bertaubat kepada Allah SWT.

Namun, solat ini lebih baik dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah) kerana suasana pada waktu ini sunyi dan kurang gangguan agar solat lebih khusyuk.

Cuma, apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta.

Dan amal yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat.

Niat Solat Taubat

Niat Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:

niat solat taubat

Usolli Sunnata Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat taubat secara terperinci.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat

Perlaksanaan cara solat taubat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Apakah maksud hikmah?

Hikmah ertinya adalah kebaikan yang tersembunyi.

Semua peraturan yang digariskan Allah SWT mempunyai hikmah atau kebaikannya. Kebaikan yang dimaksudkan bukan untuk Allah SWT, tetapi bagi manusia.

Namun banyak diantara yang ditetapkan Allah SWT itu tidak disebutkan hikmahnya didalam al-Quran atau hadis. Dalam keadaan sedemikian, maka para ulama’ lah yang menerangkan apa hikmahnya.

Begitu juga dengan Solat Taubat, disuruh kita mengerjakannya kerana ada hikmah yang tersembunyi.

Hikmah Solat Taubat ialah untuk  membersihkan dosa-dosa kita. 

Memang dengan mengucap istighfar sahaja pun (kalau kita betul-betul bertaubat), Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa kita.


Namun supaya kita nampak lebih sungguh-sungguh bertaubat, perlulah kita mengerjakan Solat Sunat Taubat.

Ada orang yang mengucap istighfar (minta ampun), setiap selesai mengerjakan solat fardu tetapi dosa yang selalu dia kerjakan belum dia tinggalkan dan tidak ada perasaan menyesal.

Pernyataan minta ampunnya itu hanya di bibir belaka.

Orang seperti itu sudah pasti lebih baik mengerjakan Solat Taubat supaya nampak lebih serius taubatnya.

Cara yang lebih baik ialah mengerjakan Solat Taubat dirumah tengah malam atau menjelang sahur.

Ketika sujud yang terakhir, sujudnya dipanjangkan dan direnungkan segala dosa yang terlanjur dikerjakan dan direnungkan pula bagaimana dahsyatnya seksa Allah SWT.

Begitu juga setelah memberi salam tangan diangkat sambil memohon keampunan daripada Allah SWT.

Hendaklah diingat-ingat segala kesalahan yang dilakukan, hendaklah direnungkan bagaimana beraninya kita melanggar perintah Allah SWT dan kita bayangkan betapa hebatnya seksa Allah SWT.

Di samping itu hendaklah kita yakin bahawa Allah SWT sebenarnya redha memaafkan kesalahan kita asalkan kita betul-betul bertaubat. Bererti perlu ada khauf (rasa takut) dan raja’ (rasa harap).

Maksudnya, perlu takut terhadap seksa Allah SWT dan perlu pula yakin bahawa Allah SWT yang Maha Pengampun akan mengampuni segala dosa dosa kita.

Kesungguhan bertaubat dengan taubat nasuha diikuti dengan Solat Sunat Taubat merupakan satu-satunya jalan untuk mendapatkan keampunan Allah SWT.

InsyaaAllah, dengan izin Allah segala dosa kita akan diampuni.

Allah Itu Maha Penerima Taubat

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

InsyaAllah, setiap dosa-dosa kita, kecil atau besar, pasti akan diampunkan oleh Allah.

Semoga panduan ini dapat membantu kita dalam melakukan solat sunat taubat dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah SWT menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat.