Hal ini dikatakan berasal daripada sebuah hadis yang merakam perbualan antara Saad bin Abi Waqas dan Rasulullah SAW. Ayat yaa ayyuha an-naasa kuluu mimmaa fi al-ardhi halalan thayyiba, suatu hari dibacakan di hadapan Rasulullah SAW, kemudian Saad bin Abi Waqqas berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah SWT agar menjadikanku orang yang dikabulkan doanya.”
Rasulullah berkata, “Wahai Saad perbaikilah makananmu maka engkau akan menjadi orang yang dikabulkan doanya. Demi Zat yang nyawa Muhammad berada di tanganNya, sungguh seorang hamba yang memakan sesuap makanan haram dalam perutnya maka tidak akan diterima amal ibadahnya selama empat puluh hari, dan siapa saja yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan tidak halal dan hasil riba maka neraka lebih pantas untuknya.” (HR. Thabrani)
Walau bagaimanapun, hadis yang terdapat di dalam Kitab Mu’jam Al-Ausath ini dihukumkan sebagai hadis yang lemah manakala Syeikh Al-Albani memberi komen bahawa hadis itu sangat dhaif (lemah). Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu yang disebutkan selama mana doa tidak akan diterima, cuma ada hadis sahih lain menyebutkan bahawa doa ditolak disebabkan makanan dan pakaian adalah daripada sumber yang haram.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik, dan sungguh Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepada para rasul.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik, dan sungguh Allah memerintahkan orang-orang mukmin sebagaimana yang telah diperintahkan kepasa para rasul.
Lalu Allah berfirman, “Wahai para rasul, makanlah hal-hal yang baik, bekerjalah dengan benar sesungguhnya aku maha tahu dengan apa yang kalian kerjakan. Wahai orang beriman makanlah hal baik yang telah kami berikan pada kalian.
Kemudian Ia menceritakan ada seorang laki-laki yang panjang perjalanannya, rambutnya kusut dan berdebu, sambil menengadahkan tangannya ke langit seraya berkata, “Wahai Tuhan, Wahai Tuhan,” sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan kenyang dengan makanan haram, maka bagaimana mungkin ia akan dikabulkan permohonannya.” (HR. Muslim)
Hadis ini telah jelas menekankan bahawa doa orang yang makan benda-benda yang haram seperti arak dan babi atau dari usaha yang haram seperti penipuan, pecah amanah dan rasuah sukar dikabulkan.
Justeru, maksud daripada hadis itu benar cuma tidak ditentukan berapa lama doa dan amal tidak diterima, boleh jadi kurang daripada 40 hari atau bahkan lebih. Wallahua’lam.
Referensi : Makan Benda Haram Doa Tidak Diterima Selama 40 Hari?