
“Makan benda haram, doa tak akan diterima selama 40 hari” Ia bukan ayat yang pelik bagi kebanyakan umat Islam kerana ia biasa didengar dan diucapkan dalam kehidupan seharian apabila ada isu makanan haram timbul. Orang yang memakan suatu yang haram dikatakan tidak akan diterima doanya selama 40 hari. Dalam erti kata lain, permohonannya kepada Allah menjadi sia-sia.Hal ini dikatakan berasal daripada sebuah hadis yang merakam perbualan antara Saad bin Abi Waqas dan Rasulullah SAW. Ayat yaa...